Maksud Seorang Sahabat Sejati


Ingin mempunyai seorang rakan sejati dalam hidup? Atau adakah anda seorang yang mencari rakan atau sahabat yang boleh menjadi teman sepanjang hidup, membantu di waktu kesusahan, dan berkongsi gembira semasa kesenangan. Jika anda masih lagi tidak mempunyai rakan karib sejati, anda mungkin tidak mempunyai idea bagaimana untuk mendampingi seseorang rakan yang boleh berbuat demikian. Di sini dipaparkan pengertian sebenar sahabat sejati seperti yang dimaksudkan oleh pendapat ramai bijak pandai. Seorang bijak pandai berpesan kepada anaknya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
14. Dia mendorongmu mencapai

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kerana kawan juga boleh menhancurkan kehidupan kita.

0 Response to "Maksud Seorang Sahabat Sejati"

Post a Comment